Monday 6 August 2012

Adakah SNE Nutrient Essence mendatangkan tindak balas positif (penyelarasan)?


Tindak balas positif atau penyelarasan akan berlaku akibat daripada aktiviti pemulihan terhadap organ-organ yang telah berhenti berfungsi atau semasa penyingkiran toksik dalam badan.

Tindak balas penyelarasan mempunyai kesan detoksifikasi yang lebih kuat. Selepas menggunakan SNE, ia akan bertindak di dalam tubuh badan dan menghapuskan radikal-radikal bebas, virus dan bakteria yang wujud dalam tubuh badan, sebelum menyingkirkan toksik-toksik ini melalui kulit dan najis.

Semasa pemusnahan bakteria dan detoksifikasi ini, sesetengah pesakit akan mengalami pelbagai jenis masalah termasuk tidur berlebihan, kekurangan tidur, penambahan pembuangan najis, warna air kencing menjadi lebih gelap atau gatal-gatal kulit.

Keadaaan tindak balas berbeza antara individu. Namun keadaan tindak balas ini tidak akan kekal lama. Sebagai contoh, keadaan adalah seperti paip berkarat yang dimasuki ubat penanggal karat. Air yang keluar akan mengandungi banyak bahan karat tetapi selepas itu air yang keluar akan menjadi bersih. Biasanya tindak balas penyelarasan akan berlaku dalam tempoh 1-6 hari selepas menggunakan produk ini dan akan hilang dalam tempoh seminggu. Walaupun begitu, jangkamasa tindak balas juga adalah berbeza bagi individu, malah  sesetengah orang akan mengalami tindak balas sehingga penyakit sembuh.

Keadaan bergantung kepada pelbagai faktor seperti keadaan badan individu dan penyakit. Sekiranya tindak balas positif bertambah tenat, anda boleh menyelaraskan dos (sila hubungi kami untuk maklumat lanjut). Anda dinasihatkan untuk meminum air yang banyak setiap hari untuk mempercepatkan penyingkiran toksik dan teruskan penggunaan SNE.

1 comment:

  1. The Casino at Mohegan Sun Pocono | Mapyro
    The Casino 삼척 출장안마 at Mohegan Sun Pocono is 전라북도 출장안마 one of the best 의정부 출장마사지 casino hotels 밀양 출장샵 in the United States. Find map directions, reviews 양산 출장샵 and phone number of The Casino at

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...